Tuesday, March 2, 2010

Jamuan Dan Jasamu Dikenang 2009


Jamuan Akhir Tahun pada 19 Oktober 2009 merupakan salah satu aktiviti tahunan yang rutin bagi Lembaga Pengawas SMK Jalan Mengkibol. Tujuan jamuan ini ialah mengenang jasa para pengawas yang menjalankan tugas sepanjang tahun 2009. Selain itu, para pengawas juga diberi peluang untuk mempraktikkan teknik-teknik merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu program.
Jamuan pada hari tersebut bermula pada jam 7.30 petang. Para pentadbir sekolah, guru-guru disiplin, guru penasihat Lembaga Pengawas dan 120 orang pengawas telah menghadiri jamuan tersebut yang bertempat di kawasan pentas Kluang Mall. Aktiviti termasuklah persembahan dari para pengawas, penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas tingkatan 5, penyampaian anugerah pengawas terbaik, cabutan bertuah dan sesi pengambilan gambar.

Sunday, February 21, 2010

Majlis Watikah Pengawas 2010



Tarikh : 18 Januari 2010
Tempat : Dataran kejat SMKJM
Program Watikah Pelantikan Pengawas diadakan bertujuan untuk:
a) Memberi pengiktirafan kepada pengawas agar terasa dihargai.
b) Memberikan pendedahan kepada pengawas berkaitan perjalanan pengurusan majlis.
c) Menimbulkan rasa bertanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini.